28 Juli 2008

[ac-i] Penghargaan dan BANTUAN Pemerintah Malaysia terhadap Legenda Hidup

Lima penggiat budaya diiktiraf warisan hidup

Oleh Rafidah Mat Ruzki
fidahruzki@bharian.com.my

KLANG: Lima penggiat seni budaya diisytiharkan Warisan Orang Hidup bagi menghargai jasa dan kepakaran mereka memartabatkan kesenian dan kebudayaan negara.

Mereka adalah Ali Badron Sabor, 75, atau Pak Ali Badron, penglipur lara yang berpengalaman dalam bidang sastera lisan sejak 1960-an; Abu Bakar Jaafar, 83, atau Pak Kan di Pulau Pinang adalah penggiat boria terkenal di negeri itu.

Losimin Majanil, 83, pula seorang `bobohizan' atau pawang wanita untuk masyarakat Kadazan Dusun yang terkenal di Sabah sehingga menjadi rujukan masyarakatnya, selain masih aktif dalam perayaan Kaamatan.

Tan Hoo Song, 61, yang terbabit dalam seni gendang dan pernah mendapat pengiktirafan masyarakat Cina sebagai Bapa Gendang Tradisi berikutan kejayaannya mencipta kesenian gendang yang mempunyai ciri-ciri Malaysia, dinamakan Gendang 24 Perayaan.

Seorang lagi adalah Vatsala Sivadas, 66, penari dan pereka tari tarian klasik India, Bharathanatyam yang pernah membuat persembahan di dalam dan luar negara termasuk persembahan Shakuntala, iaitu karya legenda klasik Kalidasa digarap dengan variasi tempatan.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, ketika mengumumkannya semalam berkata gelaran Warisan Orang Hidup adalah pengiktirafan kerajaan terhadap jasa mereka kepada bidang seni dan kebudayaan negara.

Sebelum ini, hanya seorang penggiat bangsawan, Mohd Bahroodin Ahmad, 64, menerima gelaran sama pada 2005, tetapi meninggal dunia, bulan lalu.

Dalam perkembangan lain, Mohd Shafie meminta pemilik bangunan lama yang mempunyai unsur seni bina lama dan bersejarah menghubungi Jabatan Warisan Negara untuk mendapatkan bantuan jika tidak mampu menyelenggaranya.


__._,_.___

blog: http://artculture-indonesia.blogspot.com

-----------------------
Art & Culture Indonesia (ACI) peduli pada pengembangan seni budaya Nusantara warisan nenek moyang kita. Warna-warni dan keragaman seni budaya Indonesia adalah anugerah terindah yang kita miliki. Upaya menyeragamkan dan memonopoli kiprah seni budaya Indonesia dalam satu pemahaman harus kita tentang mati-matian hingga titik darah penghabisan.




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

Sphere: Related Content

Tidak ada komentar: